Dana Kolaborasi Antarabangsa (ICF)

Pengenalan

Dana Kolaborasi Antarabangsa (ICF) adalah geran yang disediakan oleh Kerajaan kepada penyelidik Malaysia yang menjalankan projek R&D dengan kerjasama penyelidik luar negara. Dana ini diwujudkan sebagai platform untuk mengembangkan dan meningkatkan kapasiti penyelidikan serta kerjasama antarabangsa dalam projek R&D yang kompetitif, inovatif dan berimpak tinggi seterusnya dapat menyumbang kepada kemajuan ilmu pengetahuan dan teknologi yang membawa kepada pengkomersialan.

Dalam menggalakkan kerjasama antarabangsa pada tahap yang lebih tinggi, inisiatif ini diharap dapat meningkatkan daya saing menerusi penemuan teknologi baru dan mengukuhkan kapasiti serta kemampuan penyelidikan dan pembangunan negara.

Layari laman eDana http://edana.mestecc.gov.my untuk maklumat lanjut.

Hubungi Kami:

Bahagian Dana
Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC)
Aras 4, Blok C4, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62662 Putrajaya

Tel: 603 – 8885 8298
Faks: 603 – 8888 7710
E-mel: helpdesk-edana@mestecc.gov.my
http://edana.mestecc.gov.my

Kumpulan Sasar:

Dana ini terbuka kepada penyelidik, saintis dan jurutera tempatan yang bekerja sama ada secara tetap atau kontrak dengan organisasi berikut:

  • Institut Penyelidikan Kerajaan
  • Agensi Sains, Teknologi & Inovasi
  • Institut Pengajian Tinggi (Awam dan Swasta)

Kuantum Maksimum & Tempoh Pelaksanaan:

  1. RM500,000.00 dan 24 bulan
Skip to content