Dana Smart

Pengenalan

Dana Smart Challenge (SMART Fund) adalah inisiatif kerajaan kepada usahawan dan penyelidik bagi membiayai projek-projek penyelidikan dalam bidang keutamaan dan keperluan strategik yang telah dikenal pasti (teknologi baru, proses, produk) dengan jangkaan bahawa hasil penyelidikan akan dapat menyelesaikan isu nasional dan mengenal pasti penyelesaian jangka masa panjang.

Kerajaan akan membiayai projek penyelidikan pra-pengkomersialan (teknologi baru, proses, produk) berinovatif yang menghasilkan output yang boleh dipasarkan untuk merangsang ekonomi dan memberi manfaat kepada masyarakat.

Projek-projek yang dicadangkan mestilah specific, measurable, achievable, realistic and timely (SMART). Projek-projek yang dicadangkan mestilah dirangka dengan baik, disahkan secara saintifik, dan berdaya saing dengan teknologi dan penyelidikan terkini.

Layari laman eDana http://edana.mestecc.gov.my untuk maklumat lanjut.

Hubungi Kami:

Bahagian Dana
Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC)
Aras 4, Blok C4, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62662 Putrajaya

Tel: 603 – 8885 8298
Faks: 603 – 8888 7710
E-mel: helpdesk-edana@mestecc.gov.my
http://edana.mestecc.gov.my

Kumpulan sasar:

  1. Syarikat Kecil & Sederhana
  2. Institut Penyelidikan Kerajaan
  3. Agensi Sains, Teknologi & Inovasi
  4. Institut Pengajian Tinggi (Awam dan Swasta)

Kuantum Maksimum & tempoh pelaksanaan :

  1. RM3,000,000.00 dan 24 Bulan
Skip to content