MESTECC
  • ms
  • en
ME2020Dubai

Dasar & Halatuju

DASAR SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI NEGARA (DSTIN) 2013 – 2020

Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) bertujuan memacu Malaysia ke arah sebuah negara yang lebih kompetitif dan cekap melalui asas STI yang kukuh. Dasar ini dirumus berdasarkan pencapaian, cabaran dan iktibar yang diambil dari pelaksanaan dasar terdahulu. Dasar ini menggariskan hala tuju pelaksanaan STI bagi mewujudkan sebuah negara maju sains untuk transformasi sosioekonomi dan pertumbuhan inklusif.

Muat turun

DASAR BIOTEKNOLOGI NEGARA (NBP) 2005 – 2020

Dasar Bioteknologi Negara bertujuan menjadikan bioteknologi sebagai sumber pertumbuhan ekonomi baharu untuk Malaysia, meningkatkan kemakmuran dan kesejahteraan negara. Dasar ini akan mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pembangunan industri dengan memanfaatkan bidang-bidang utama negara.

Muat turun

(Diterbitkan dalam Bahasa Inggeris sahaja)

DASAR PENGKOMERSIALAN HARTA INTELEK UNTUK PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN (R&D) YANG DIBIAYAI OLEH KERAJAAN MALAYSIA (2009)

Dasar Pengkomersialan Harta Intelek untuk Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) yang Dibiayai oleh Kerajaan Malaysia dibangunkan bertujuan untuk mewujudkan satu rangka kerja untuk mengawal pemilikan dan pengurusan Harta Intelek dari penciptaan, perlindungan, inovasi, eksploitasi dan pemindahan teknologi yang dijalankan oleh organisasi yang berkaitan. Dasar ini juga menggalakkan dan memudahkan perlindungan Harta Intelek selaras dengan Dasar Harta Intelek Negara dan menggalakkan dan memudahkan eksploitasi dan pengkomersilan Harta Intelek yang dijana daripada projek yang dibiayai oleh Kerajaan Malaysia.

Muat turun

(Diterbitkan dalam Bahasa Inggeris sahaja)

DASAR ANGKASA NEGARA 2030 (NSP)

Dasar Angkasa Negara menyatakan pendirian dan objektif negara dalam menguasai bidang angkasa dan mempersiapkan negara dalam menghadapi cabaran masa depan. Dasar ini juga bertujuan menyelaraskan aktiviti angkasa negara secara terancang dan mengiktiraf keperluan akses kepada keupayaan angkasa bagi menambah baik perkhidmatan yang diperlukan oleh rakyat dan untuk keselamatan negara.

 

Muat turun

PELAN HALA TUJU TEKNOLOGI UNTUK KESELAMATAN RUANG SIBER

Pelan Hala Tuju Teknologi untuk Keselamatan Ruang Siber bertujuan menghasilkan pendekatan bersepadu untuk menangani ancaman siber dan meningkatkan keselamatan siber. Pelan ini akan dilaksanakan menerusi pembangunan dan pelaksanaan rangka kerja dasar, memupuk budaya kesedaran keselamatan siber, keutamaan teknologi keselamatan siber, peruntukan dana untuk program-program keselamatan siber serta penubuhan standard keselamatan siber dan pensijilan.

Muat turun

(Diterbitkan dalam Bahasa Inggeris sahaja)

PELAN TINDAKAN GRAPHENE KEBANGSAAN (NGAP) 2020

Pelan Tindakan Graphene Kebangsaan (NGAP) 2020 bertujuan membangunkan ekosistem ekonomi bernilai tinggi dengan menambah nilai kepada aplikasi sedia ada dan industri menggunakan graphene yang merupakan bahan nano berasaskan karbon. Pelan Tindakan ini mengenal pasti mekanisma, peluang dan aplikasi graphene yang berpotensi tinggi yang boleh memberi manfaat kepada syarikat Malaysia, di samping merangsang pelaburan dan meningkatkan pendapatan negara kasar (GNI). Tumpuan akan diberi kepada peningkatan pengkomersilan produk Graphene.

Muat turun

(Diterbitkan dalam Bahasa Inggeris sahaja)

DASAR ALAM SEKITAR NEGARA (DASN) 2020

Dasar Alam Sekitar Negara bertujuan meneruskan kemajuan ekonomi, sosial dan budaya serta peningkatan kualiti hidup rakyat Malaysia menerusi kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan lestari.

Muat turun

DASAR TEKNOLOGI HIJAU KEBANGSAAN (DTHK)

Dasar Teknologi Hijau Kebangsaan memberi tumpuan kepada empat tonggak, iaitu Tenaga, Alam Sekitar, Ekonomi dan Sosial. Dasar ini telah mengenal pasti Teknologi Hijau sebagai pemacu utama dalam meningkatkan ekonomi negara dan mempromosikan pembangunan mampan. Dasar ini akan membantu pertumbuhan dalam industri Teknologi Hijau dan meningkatkan sumbangannya kepada ekonomi negara. Selain itu, dasar ini akan meningkatkan keupayaan bagi inovasi dalam pembangunan Teknologi Hijau dan meningkatkan daya saing dalam Teknologi Hijau di persada antarabangsa. Di samping itu, dasar ini juga akan memastikan pembangunan mapan dan memulihara alam sekitar untuk generasi akan datang.

Muat turun

PELAN HALA TUJU MALAYSIA KE ARAH SIFAR PENGGUNAAN PLASTIK SEKALI GUNA 2018-2030

Pelan Induk Teknologi Hijau Malaysia mewujudkan rangka kerja yang mengarusperdana teknologi hijau ke dalam pembangunan yang dirancang Malaysia, di samping merangkumi empat tonggak yang ditetapkan dalam Dasar Teknologi Hijau Kebangsaan iaitu tenaga, persekitaran, ekonomi dan sosial. Edisi pertama Pelan Induk Teknologi Hijau Malaysia ini memberi tumpuan kepada enam sektor utama, iaitu tenaga, pembuatan, pengangkutan, bangunan, sisa dan air.

Muat turun

PELAN HALA TUJU MALAYSIA KE ARAH SIFAR PENGGUNAAN PLASTIK SEKALI GUNA 2018-2030

Pendekatan secara berperingkat, berasaskan bukti dan holistik dengan melibatkan semua pihak yang berkepentingan seperti Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, pihak swasta, organisasi bukan kerajaan (NGO) dan orang awam dalam menangani pencemaran plastik sekali guna. Pelan yang berpandukan kepada enam prinsip ini mengandungi pelaksanaan tindakan-tindakan yang boleh membendung penggunaan plastik sekali guna selaras dengan pembangunan lestari ke arah persekitaran yang lebih bersih dan sihat menjelang 2030.

Muat turun

(Diterbitkan dalam Bahasa Inggeris sahaja)

DASAR PERUBAHAN IKLIM NEGARA (NPCC)

Dasar Perubahan Iklim Negara ini membantu untuk memastikan pembangunan yang berdaya tahan terhadap perubahan iklim bagi memenuhi aspirasi negara untuk mencapai pembangunan lestari. Dasar ini terdiri daripada lima prinsip, yang diperkukuhkan lagi dengan sepuluh teras strategik, bagi menentukan hala tuju negara dalam menangani cabaran perubahan iklim.

Muat turun

DASAR DAN PELAN TINDAKAN TENAGA BOLEH DIPERBAHARUI NEGARA 2009

Dasar dan Pelan Tindakan Tenaga Boleh Diperbaharui Negara disediakan bertujuan untuk meningkatkan penggunaan sumber tenaga semula jadi yang boleh diperbaharui untuk menyumbang kepada keselamatan bekalan elektrik negara dan pembangunan sosioekonomi yang stabil.

Muat turun

PELAN TINDAKAN KECEKAPAN TENAGA NEGARA (NEEAP) 2016-2025

Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga Negara dibangunkan bertujuan untuk menggalakkan kecekapan tenaga bagi memastikan penggunaan tenaga yang efisien dan mengurangkan pembaziran yang seterusnya menyumbang kepada pembangunan mampan dan peningkatan daya saing.

Muat turun
Bil Akta Tujuan
1 AKTA PERLESENAN TENAGA ATOM 1984 [AKTA 304] Akta ini diperlukan untuk mengawal dan mengawal selia aktiviti berkaitan tenaga atom bagi melindungi pekerja, orang awam dan alam sekitar.
2 AKTA AHLI KIMIA 1975 [AKTA 158] Akta bertujuan memperbadankan Institut Kimia Malaysia (IKM) untuk mengawal selia pengamalan kimia di Malaysia termasuk penerimaan masuk individu berkelayakan sebagai ahli dan mempromosikan kemajuan dalam sains kimia.
3 AKTA AKADEMI SAINS MALAYSIA 1994 [AKTA 524] Akta mengenai penubuhan Akademi Sains Malaysia (ASM) bagi membolehkan ASM melaksanakan peranannya dalam menggalakkan pembangunan sains, kejuruteraan dan teknologi, termasuk dalam melaksanakan kajian seperti foresight dan mengadakan forum untuk pertukaran pendapat dalam aspek STI.
4 AKTA TEKNOLOGIS DAN JURUTEKNIK 2015 [AKTA 768 Akta mengenai penubuhan Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) dan bagi pendaftaran dan pengiktirafan Profesional Teknologis dan Juruteknik Bertauliah dalam memberikan perkhidmatan teknologi dan perkhidmatan juruteknik profesional.
5 AKTA PIHAK BERKUASA PEMBANGUNAN TENAGA LESTARI 2011 [AKTA 726] Akta mengenai penubuhan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia untuk membolehkan SEDA menjalankan fungsi sebagai pihak berkuasa dan badan regulatori tenaga lestari (TBB) di negara ini.
6 AKTA TENAGA BOLEH BAHARU 2011 [AKTA 725] Akta yang memperuntukan pewujudan dan pelaksanaan sistem tarif khas untuk memangkin penjanaan tenaga boleh baharu (TBB) dan membangunkan industri penjanaan TBB di negara ini. Melalui akta ini, sistem tarif galakan (feed in tariff – FiT) telah diperkenalkan untuk merangsang pertumbuhan industri TBB melalui pelbagai sumber penjanaan seperti tenaga solar, mini hidro, biogas dan biojisim.
7 AKTA SURUHANJAYA TENAGA 2001 [AKTA 610] Akta mengenai penubuhan Suruhanjaya Tenaga (ST) yang mempunyai kuasa untuk mengawal selia aktiviti pembekalan tenaga di Malaysia dan menguatkuasakan undang-undang pembekalan tenaga, dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
8 AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990 [AKTA 447] Akta yang menetapkan segala perundangan berkaitan industri bekalan elektrik termasuklah pelesenan, penggunaan elektrik dengan cekap, pembekalan oleh pemegang lesen, siasatan dan timbang tara serta jenis-jenis kesalahan dan penalti.
9 AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 [AKTA 127] Akta yang bertujuan untuk pencegahan, pengurangan dan kawalan pencemaran alam sekitar.
Skip to content