Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

  • Warna biru mewakili identiti eksklusif dan korporat kementerian;
  • Warna hijau dan oren berbentuk orbit menunjukkan fungsi dan peranan kementerian dalam mengangkat industri sains, teknologi dan inovasi di Malaysia;
  • Huruf ‘A’ orbit menunjukkan kecemerlangan prestasi dan mutu warga kerja kementerian;
  • Huruf ‘S’ merujuk kepada pentingnya amalan 5S iaitu sisih, susun, sapu dan seragam.

Mengamalkan budaya kerja produktif melalui persekitaran yang kondusif bagi memastikan sistem perkhidmatan yang berkualiti, cekap dan efisyen melalui pelaksanaan amalan EKSA yang berterusan;

Menerapkan kesedaran kualiti yang berkekalan di kalangan warga kementerian bagi mewujudkan kesefahaman dan semangat kerjasama serta memastikan misi EKSA dapat dicapai dan kepuasan pelanggan terjamin; dan

Mewujudkan suasana kerja yang kondusif bagi meningkatkan motivasi, integriti dan imej korporat warga kementerian dalam sistem penyampaian perkhidmatan yang berkualiti.

“Persekitaran Kondusif, Warga Progresif”

Setiap barang ada tempatnya dan setiap tempat ada barangnya.

– Mewujudkan persekitaran kerja yang selamat, bersih, kemas dan kondusif pada setiap masa
bagi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan.
– Membantu meningkatkan disiplin diri dan semangat kerja berpasukan di kalangan warga
kementerian.

Seiri (Sisih) – Seiton (Susun) – Seiso (Sapu) – Seiketsu (Seragam) – Shitsuke (Sentiasa Amal)

Carta Sektor

  1. Sektor Sains
  2. Sektor Dasar
  3. Sektor Pengurusan
Skip to content