Planetarium Negara dan Yayasan Amanah Industri Kreatif Kebangsaan (YAIKK) telah menganjurkan KL Sci Fi Weekend 2019 pada 6 dan 7 April 2019 bertempat di Planetarium Negara. Program berkonsepkan sains fiksyen santai pada hujung minggu ini dianjurkan bersempena dengan Minggu Sains Negara 2019 dan Sambutan Ulang Tahun Ke-25 Penubuhan Planetarium Negara.
Program telah dirasmikan oleh YBrs. Puan Anita binti Bahari, Pengarah Planetarium Negara diiringi oleh YBhg. Komander (K) Datuk Zulkifli bin Ishak, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YAIKK.
Pada edisi penganjuran KL Sci Fi kali ini, pelbagai aktiviti disediakan kepada para pengunjung sepanjang dua (2) hari program, termasuklah: