Pelan Hala Tuju Malaysia ke arah Sifar Penggunaan Plastik Sekali Guna 2018-2030

hindari plastikPencemaran plastik adalah masalah global yang perlu ditangani dengan cara yang mapan. Malaysia sentiasa mempromosikan pembangunan mapan dengan mengimbangi pertumbuhan ekonomi dan perlindungan alam sekitar, sejajar dengan Matlamat Pembangunan Lestari oleh Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Malaysia merancang untuk menangani plastik sekali guna ini dengan menggalakkan industri plastik untuk beralih kepada produk yang mesra alam. Ini akan memastikan industri dapat terus berkembang dengan mengadaptasi teknologi hijau, dan pada masa yang sama dapat memelihara alam sekitar. Oleh itu, Roadmap ini disediakan untuk digunakan sebagai panduan ke arah sifar penggunaan plastik sekali guna di Malaysia secara holistik.

Roadmap ini akan dilaksanakan bermula dari tahun 2018 hingga 2030, dengan jangkaan bahawa semua pihak berkepentingan akan memainkan peranan mereka dengan berkesan untuk memastikan objektif Roadmap ini dapat dipenuhi.

Pada masa ini, tiada pendekatan seragam di Malaysia dalam menangani plastik sekali guna. Roadmap ini bertujuan memberi hala tuju dasar kepada semua pemegang kepentingan termasuk Kerajaan Negeri dalam mengambil pendekatan yang seragam dan kolektif. Walaupun Malaysia terus berusaha untuk menjadi negara maju, kemajuan ekonomi harus diseimbangkan dengan perlindungan alam sekitar untuk memastikan kemapanan dan kesejahteraan masyarakat.

Skip to content