Bahagian Akaun

Pengenalan

Bahagian Akaun MOSTI diwujudkan pada 10 Oktober 2013 dengan diketuai oleh Setiausaha Bahagian Akaun, SUB (Ak). Bahagian ini terbahagi kepada empat seksyen iaitu Seksyen Perakaunan Pengurusan, Seksyen Perundingan dan Pemantauan, Seksyen Perakaunan Kewangan dan Seksyen Pentadbiran dan Kewangan.

 

Objektif

  • Memastikan perkhidmatan perakaunan dan pengurusan maklumat kewangan dilaksanakan dengan cekap mengikut kehendak undang-undang, peraturan kewangan dan Piawaian Perakaunan Kerajaan yang berkuatkuasa.
  • Menentukan satu sistem perakaunan yang sepatutnya diwujudkan dan pengawasan yang sesuai diadakan untuk mengelakkan kehilangan kerana penipuan atau kecuaian, tertakluk kepada penyeliaan am Pegawai Pengawal.
  • Menentukan hanya perbelanjaan yang dibenarkan diterima dan dibayar dalam tempoh yang telah ditetapkan serta diakaunkan dengan betul dan tepat.

Fungsi

  • Menyedia maklumat dan laporan serta menasihati pengurusan atasan dalam membuat keputusan bagi Perakaunan Kos, Analisa Kewangan dan Perakaunan Sumber.
  • Memberi khidmat nasihat berkaitan pengurusan perakaunan dan kewangan kepada PTJ, memantau pelaksanaan dan memberi khidmat nasihat sistem perakaunan di jabatan dan agensi dan membuat analisa khidmat perundingan untuk keperluan pemantauan pengurusan.
  • Membantu menyelesaikan isu berkaitan pelaksanaan perakaunan akruan.
  • Merancang latihan perakaunan bagi memantapkan kemahiran pegawai dan memastikan semua pegawai perakaunan mengikuti latihan perakaunan serta membuat analisa keberkesanan latihan yang dijalankan.
  • Pemantauan bayaran, aset dan akaun amanah serta terimaan.
  • Memastikan maklumat perakaunan seperti bayaran dan terimaan, amanah, dana dan pelaporan serta perakaunan aset disediakan dengan tepat dan mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan.

Piagam Pelanggan

Kami bertekad untuk melaksanakan Pengurusan Perakaunan MOSTI dengan cermat, berkesan dan bertanggungjawab. Dalam melaksanakan tugas ini kami akan memastikan perkhidmatan – perkhidmatan yang diberikan disempurnakan seperti berikut:

  • Membuat bayaran kepada pembekal / individu dalam tempoh empat (4) hari dari tarikh penerimaan dokumen lengkap;
  • Membuat bayaran gaji bulanan tidak lewat daripada 25 haribulan;
  • Menyediakan Penyata Kewangan Bulanan Kementerian tidak lewat daripada 25 haribulan;
  • Mengambil respon awal ke atas pertanyaan /  aduan pelanggan eSPKB dan eTerimaan dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh aduan / pertanyaan diterima;
  • Menyemak Dokumen Terimaan Bulanan dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh terima

Hubungi Kami

  • Lokasi: Aras 3, Blok C4
  • No. Tel: ( 03-8885 8640 / 8695 / 8374
  • No. Faks: 6 03-8881 1196
  • Emel: akaun@mestecc.gov.my
Skip to content