Bahagian Antarabangsa

 

Pengenalan

Bahagian Antarabangsa, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) telah dibentuk secara rasmi pada tahun 1991. Pada mulanya, Bahagian ini terdiri daripada lima (5) Unit—Unit Dua Hala 1 (Eropah/Amerika/Australia), Unit Dua Hala 2 (Asia), Unit ASEAN/APEC, Unit Pelbagai Hala dan Unit Pentadbiran. Jumlah kakitangan pada masa itu adalah 17. Semasa penyusunan semula Kementerian pada tahun 2007, Bahagian ini telah mengalami transformasi kecil dari segi struktur. Semua Unit, kecuali Unit Pentadbiran, telah diselaraskan di bawah satu seksyen baru iaitu Seksyen Kerjasama Teknikal bagi mencerminkan fungsi utama Unit-unit tersebut. Satu lagi seksyen baru yang dikenali sebagai Seksyen Misi Galakan Perdagangan dan Promosi telah ditubuhkan bagi menyelaras program-program perdagangan dan promosi oleh MESTECC dan agensi tempatan yang berkaitan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) di luar negara; membantu merangka pendirian MESTECC dalam hal-hal perdagangan yang berkaitan dengan STI; dan untuk menyelaras penglibatan MESTECC dalam rundingan perjanjian perdagangan di kalangan ahli Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) khususnya dalam bidang yang berkaitan dengan STI dan fungsi MESTECC. Unit Pentadbiran tidak berubah sehingga ke hari ini.

Kini ini, Bahagian Antarabangsa terdiri daripada seramai 26 kakitangan. Empat belas (14) kakitangan terdiri daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (semuanya adalah daripada skim perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik) dan dua belas (12) kakitangan daripada Kumpulan Sokongan.

Objektif

  • Membantu Kementerian menjadi peneraju dan penyelaras dalam kerjasama antarabangsa di bidang Sains, Teknologi dan Inovasi di antara Kementerian, Agensi Kerajaan dan Sektor Swasta di Malaysia.
  • Meningkatkan kerjasama di peringkat antarabangsa selari dengan Visi MESTECC iaitu:
    • Menjana Ilmu Pengetahuan
    • Mencipta Kekayaan
    • Kesejahteraan Masyarakat
  • Meningkatkan kerjasama serantau dalam bidang Sains, Teknologi dan Inovasi di kalangan Negara anggota ASEAN dan rakan dialog.
  • Meningkatkan hubungan kerjasama dalam bidang Sains, Teknologi dan ICT di antara Malaysia dengan badan-badan atau pertubuhan antarabangsa dan negara-negara asing dalam usaha mendapatkan manfaat kemajuan Sains, Teknologi dan Inovasi untuk menjana pembangunan ekonomi negara.

Fungsi Dan Tanggungjawab

1. Seksyen Kerjasama Teknikal

1.1 Unit Kerjasama Eropah/Amerika/Afrika/Oceania (Bilateral 1) dan Unit Asia (Bilateral 2)

Memperkukuhkan kerjasama dalam Sains, Teknologi dan Inovasi dengan negara-negara Eropah, Amerika, Afrika, Oceania and Asia:

  • menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) dan Perjanjian;
  • dengan menyelaras penyertaan Malaysia dalam program-program and projek-projek bersama;
  • dengan menyelaras penyertaan delegasi MESTECC dalam persidangan dan acara di luar negara; dan
  • dengan menyelaras lawatan delegasi dari negara-negara ini.

1.2 Unit ASEAN / APEC

Memastikan penyertaan Malaysia yang efektif dalam program-program dan projek-projek di bawah:

  • Mesyuarat Menteri-Menteri Sains dan Teknologi ASEAN;
  • Mesyuarat Jawatankuasa Sains dan Teknologi (COST) ASEAN;
  • Mesyuarat Rakan Dialog ASEAN COST;
  • Kerjasama Polisi Sains, Teknologi dan Inovasi APEC.

1.3 Unit Kerjasama Pelbagai Hala (Multilateral)

Beroperasi sebagai focal point Malaysia bagi kerjasama Sains, Teknologi dan Inovasi dalam pertubuhan-pertubuhan multilateral. Unit ini:

  • merupakan Urusetia kepada Jawatankuasa Kebangsaan bagi OIC-COMSTECH dan kepada Permanent Subcommittee on Science to the National Commission for UNESCO Malaysia; dan
  • menyelaras penyertaan Malaysia/MESTECC dalam NAM S&T Centre, G15 (NAM), Asia-Pacific Centre for Transfer of Technology, Commonwealth Science Council dan D8 (Group of Developing Islamic Member Countries).

2. Unit Misi Galakan Perdagangan dan Promosi (Trade & Promotion)

  • Menyelaras program-program perdagangan dan promosi MESTECC serta agensi-agensi tempatan yang berkaitan STI di luar negara;
  • Membantu merangka pendirian MESTECC dalam hal-hal perdagangan yang berkaitan dengan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI); dan
  • Untuk terlibat dalam rundingan perjanjian perdagangan di kalangan ahli Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) khususnya dalam bidang yang berkaitan dengan STI / fungsi MESTECC.

3. Unit Pentadbiran

Menguruskan hal-hal pentadbiran am dan kewangan Bahagian.

Piagam Pelanggan

Kami adalah komited untuk mendukung hasrat negara untuk melahirkan satu negara yang maju melalui perkembangan dalam bidang Sains, Teknologi dan Inovasi dengan:

  • Memperluaskan lagi aktiviti-aktiviti berhubung dengan pemindahan teknologi, perkhidmatan sains dan penggunaan teknologi-teknologi yang sesuai;
  • Bertanggungjawab untuk mengatur serta menyelaras segala projek-projek kerjasama antarabangsa, bantuan teknik dan lain-lain bentuk kerjasama antarabangsa, di dalam bidang Sains, Teknologi dan Inovasi;
  • Menyelaras dan memperkukuhkan program kerjasama antarabangsa duahala yang sediada;
    Memupuk hubungan strategik dengan negara asing dan pertumbuhan antarabangsa bagi meningkatkan pembangunan Sains, Teknologi dan Inovasi negara;
  • Memberi sokongan yang berterusan kepada program-program kerjasama antarabangsa Kementerian dan agensi-agensi di bawah Kementerian; dan
  • Mewujudkan hubungan dengan negara-negara asing yang mempunyai minat bersama melalui Memorandum Persefahaman (MoU).
Skip to content