Pusat Nanoteknologi Kebangsaan (NNC)

 

Pengenalan

Pusat Nanoteknologi Kebangsaan (NNC) (sebelum ini dikenali sebagai Bahagian Direktorat Nanoteknologi Kebangsaan) telah ditubuhkan pada 13 Januari 2010 dan mula beroperasi secara rasmi pada Julai 2010 sebagai satu bahagian di bawah MOSTI. NNC bertindak sebagai pusat rujukan nasional bagi penyelarasan aktiviti penyelidikan dan pembangunan serta ke semua aktiviti berkaitan nanoteknologi di Malaysia. NNC juga turut memainkan peranan meningkatkan tahap kesedaran sains dan teknologi dengan menyediakan persekitaran yang menggalakan aktiviti reka cipta, inovasi dan pembangunan teknologi di kalangan masyarakat dalam bidang nanoteknologi.

NNC juga bertanggungjawab melaksanakan penilaian dan pemantauan bagi projek-projek R&D di bawah pembiayaan dana ScienceFund, TechnoFund dan DSTIN. Bidang penyelidikan utama di bawah program ini termasuklah nanotechnology, nano materials, catalyst and reaction engineering dan functional materials.

Fungsi

  • Membangunkan keupayaan dan kapasiti negara melalui pembangunan dasar, infrastruktur, kemudahan dan pendidikan awal dalam bidang nano;
  • Meningkatkan modal insan dalam bidang teknologi nano;
  • Merancang dan menyelaras aktiviti-aktiviti yang menyumbang kepada pembangunan industri berasaskan teknologi nano;
  • Merancang program pendidikan dan kesedaran awam; dan
  • Membangunkan inisiatif dalam bidang-bidang seperti kesihatan, keselamatan dan alam sekitar.

Hubungi

Alamat:
Pusat Nanoteknologi Kebangsaan
Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim
Aras 4, Blok C7, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Persekutuan
62662 Putrajaya

Tel: 03-8885 8661
Fax: 03-8885 8686

Skip to content