MESTECC
  • ms
  • en
ME2020Dubai

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (PSM)

 

Pengenalan

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (PSM) merupakan Bahagian yang bertanggungjawab dalam melaksanakan segala urusan berkaitan pengurusan sumber manusia di Kementerian ini. Seiring dengan keperluan semasa, Bahagian PSM sentiasa bersedia dalam:-

  • memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam menyediakan dan membangunkan modal insan yang berkualiti dalam pelbagai aspek merangkumi kemahiran dan pengetahuan.
  • Melaksanakan perancangan sumber manusia bagi melahirkan individu dan organisasi yang kompeten dan cemerlang dalam persekitaran yang harmoni.

Bahagian PSM terdiri daripada seksyen/unit seperti berikut :-

  • Seksyen Pembangunan Organisasi dan Perancangan Sumber Manusia
  • Seksyen Perkhidmatan
  • Seksyen Pembangunan Sumber Manusia dan Kompetensi
  • Unit Pengurusan Prestasi dan Naik Pangkat
  • Unit HRMIS
  • Unit Pengurusan Psikologi
  • Unit Pentadbiran

Objektif

Memastikan semua Bahagian dan Jabatan di bawah MESTECC mempunyai struktur organisasi yang realistik, pembangunan kerjaya yang terancang, tenaga manusia yang terlatih, profesional, kompeten serta berintegriti bagi membolehkan organisasi berfungsi secara cekap dan berkesan

Fungsi

Bahagian PSM terdiri daripada seksyen-seksyen dan unit-unit berikut, iaitu:

SEKSYEN PEMBANGUNAN ORGANISASI & PERANCANGAN SUMBER MANUSIA

  • Merancang keperluan pembangunan sumber manusia serta merangka pembangunan organisasi Kementerian selaras dengan dasar dan perancangan JPA
  • Mengaudit sumber manusia dan mengemaskinikan senarai perjawatan MESTECC
  • Mengkaji skim-skim perkhidmatan di bawah Kementerian/Jabatan

SEKSYEN PERKHIDMATAN

  • Mengurus dan menyelaraskan pengambilan pegawai kumpulan Pengurusan dan Profesional dengan SPA dan Ketua Perkhidmatan berkenaan
  • Menguruskan pengambilan anggota di bawah perwakilan kuasa SPA
  • Menguruskan pengesahan pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, pelanjutan tempoh percubaan serta kemasukan ke jawatan berpencen
  • Urusan persaraan dan penerimaan faedah persaraan mengikut syarat-syarat perkhidmatan
  • Menguruskan cuti berdasarkan Perintah Am Bab C
  • Merancang dan menguruskan penempatan dan pertukaran pegawai/kakitangan
  • Menguruskan pelantikan secara pinjaman/ tukar sementara, kontrak dan Pekerja Khidmat Singkat (PKS)
  • Kelulusan Elaun Tanggung Kerja dan bayaran elaun-elaun serta saraan lain yang berkaitan

SEKSYEN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA DAN KOMPETENSI

  • Merancang dan mengendali program latihan dalam perkhidmatan (LDP) termasuk Program Transformasi Minda dan Program Hal Ehwal Islam untuk warga kementerian, jabatan dan agensi.
  • Menyelaras permohonan penganjuran program latihan anjuran kementerian dan Jabatan.
  • Menyelaras permohonan penyertaan program latihan dalam dan luar Negara sama ada anjuran JPA atau swasta dan permohonan menyambung pengajian (Hadiah Latihan Persekutuan, Cuti Belajar, Yuran Pengajian dan lain-lain) untuk warga kementerian dan Jabatan.
  • Memantau kehadiran sekurang-kurangnya 7 hari berkursus bagi warga kementerian melalui Sistem Profail Latihan.
  • Mengurus pemohonan Latihan Industri dari Institusi Pengajian Tinggi Awam/ Swasta
  • Urus setia Lembaga Peperiksaan Perkhidmatan Kementerian.

UNIT PENGURUSAN PRESTASI & NAIK PANGKAT

  • Merancang dan melaksana urusan kenaikan pangkat bagi semua kakitangan Perkhidmatan Bukan Gunasama di Kementerian dan Jabatan.
  • Menyelaras urusan kenaikan pangkat bagi kakitangan Gunasama di Kementerian dan Jabatan
  • Urus setia Panel Pembangunan Sumber Manusia di peringkat Kementerian.
  • Menyelaras laporan penilaian prestasi anggota di Ibu Pejabat.
  • Menguruskan Perisytiharan Harta pegawai dari Kementerian dan bagi  Ketua-ketua Pengarah  di Jabatan secara manual dan HRMIS.
  • Menguruskan pencalonan Anugerah Darjah Kebesaran/ Bintang/ Pingat Negeri dan Persekutuan dari Kementerian, Jabatan dan Syarikat di bawah MESTECC.
  • Menguruskan permohonan tanah secara individu dari Kementerian dan Jabatan

UNIT HRMIS

  • Menguruskan Data Personel dan Data Perkhidmatan pegawai di agensi.
  • Menyelaras dan memantau aktiviti pelaksanaan HRMIS di peringkat Kementerian dan agensi di bawahnya.
  • Penyelaras dengan JPA berhubung pelaksanaan HRMIS di kementerian dan agensi di bawahnya.
  • Menguruskan latihan aplikasi HRMIS kepada pengguna.
  • Helpdesk bagi menyelesaikan masalah pengguna di kementerian dan agensi.
  • Memastikan semua data asas HRMIS disahkan dan dikemaskinikan.
  • Menyediakan laporan status pelaksanaan HRMIS kementerian dan agensi-agensi di bawahnya dari semasa ke semasa
  • Helpdesk bagi menyelesaikan masalah pengguna di kementerian dan agensi
  • Memastikan semua data asas HRMIS disahkan dan dikemaskini
  • Sebagai point of reference kepada pengguna agensi dalam pelaksanaan HRMIS.

UNIT PENGURUSAN PSIKOLOGI

  • Merancang keperluan perkhidmatan psikologi dan kaunseling.
  • Melaksanakan perkhidmatan psikologi dan kaunseling dalam Pengurusan Sumber Manusia melalui program pembangunan, pencegahan dan pemulihan.
  • Menentukan pelaksanaan dan keberkesanan perkhidmatan psikologi dan kaunseling dalam Perkhidmatan Awam.
  • Melaksanakan dasar-dasar berkenaan psikologi dan kaunseling yang dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

UNIT PENTADBIRAN

  • Pentadbiran Am Pejabat.
  • Pengemaskinian sistem Fail.
  • Menguruskan kewangan bahagian.
  • Penyediaan Belanjawan Mengurus Tahunan bahagian.
  • Mengurus dan memastikan maklumat pada Buku Perkhidmatan sentiasa dikemaskini.

Piagam Pelanggan

Kami komited untuk menyediakan perkhidmatan yang cekap, profesional, beretika dan mesra kepada pelanggan kami seperti berikut:

  • Memastikan permohonan penyusunan semula struktur organisasi Jabatan/Bahagian dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam tempoh tiga (3) bulan selepas maklumat lengkap diterima dari Jabatan/Bahagian
  • Memastikan semua permohonan pertambahan jawatan, mansuh jawatan, pindah butiran dikemukakan kepada JPA dalam tempoh satu (1) bulan selepas diterima dari Jabatan/Bahagian
  • Memastikan urusan pengambilan dan pelantikan anggota Kumpulan Sokongan II (yang diwakilkan kuasa oleh SPA) dilaksanakan dalam tempoh enam (6) bulan selepas iklan ditutup
  • Memastikan urusan-urusan berikut diproses dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh dokumen lengkap diterima
    • Pengesahan lantikan
    • Pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen/KWSP
    • Pelepasan / Perletakan Jawatan
    • Tanggung Kerja
    • Permohonan Cuti Tanpa Gaji / Cuti Separuh Gaji/ Cuti Sakit Tambahan / Cuti Sakit Barah /Cuti Sakit Tibi dan permohonan Saraubat
    • Bercuti Ke Luar Negeri Atas Urusan Persendirian
    • Laporan Pengisytiharan Harta
  • Memastikan pegawai MESTECC menghadiri kursus sekurang-kurangnya tujuh (7) hari dalam setahun
  • Memastikan kelulusan penganjuran dan permohonan kursus dalam negeri diperolehi dalam tempoh tujuh (7) hari mulai dari tarikh permohonan lengkap diterima
  • Memastikan urusan penilaian prestasi tahunan (LNPT) diselesaikan selewat-lewatnya dalam bulan Mac tahun berikutnya
  • Memastikan pencalonan penganugerahan darjah kebesaran/bintang/pingat persekutuan dan negeri dikemukakan satu (1) minggu sebelum tarikh tutup
  • Memastikan kertas perakuan pemangkuan/kenaikan pangkat dikemukakan kepada JPA dalam tempoh dua (2) minggu selepas menerima kertas dari Jabatan/Agensi
  • Memastikan kes-kes tatatertib biasa selesai diuruskan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh laporan yang lengkap diterima
    Memastikan dokumen-dokumen persaraan dikemukakan ke Bahagian Pasca Perkhidmatan JPA tidak lewat dari (3) bulan sebelum tarikh persaraan pegawai / anggota
  • Memastikan perkhidmatan kaunseling diberikan secara sistematik dan beretika mengikut Piawaian Amalan Kaunseling
  • Melaksanakan perkhidmatan psikologi dan kaunseling dalam Pengurusan Sumber Manusia melalui program pembangunan, pencegahan dan pemulihan
Skip to content