Bahagian Pentadbiran

Pengenalan

Bahagian pentadbiran adalah seiring dan saling bantu membantu antara satu bahagian dengan bahagian yang lain. Bahagian ini bertanggungjawab menyediakan khidmat sokongan yang berkesan dan memberikan perkhidmatan dengan cekap dan lancar.

Bagi memastikan program dan aktiviti MESTECC berjalan baik dan lancar, bahagian ini sentiasa mengikuti perkembangan dan peka dengan perancangan, pelaksanaan program dan aktiviti MESTECC dari masa ke semasa. Untuk itu bahagian ini secara umumnya terlibat dalam semua program dan aktiviti bahagian-bahagian lain di bawah MESTECC.

 

Objektif

  • Memantau aset-aset di bawah jagaan MESTECC
  • Memastikan bantuan perkhidmatan sokongan diberi pada Bahagian dan Unit yang memerlukan mengikut panduan dan tatacara kerja.
  • Memastikan semua aspek keselamatan untuk warga MESTECC, dokumen/maklumat/bangunan dan aset dilindungi

 

Fungsi

Bahagian Pentadbiran terdiri dari  3 unit:-

PENYELARASAN HAL-HAL PENTADBIRAN

  • Urusetia pelaksanaan aktiviti di bawah PKPA
  • Menyelaras Majlis/Program/Keraian MESTECC seperti Maal Hijrah, Maulidur Rasul, Hari Kebangsaan dan Hari Pekerja
  • Sekretariat Mesyuarat Pegawai Kanan
  • Menyelaras urusan berkaitan pentadbiran MESTECC
  • Menyelaras keperluan logistik dan penyelenggaraan ruang pejabat

PENGURUSAN ASET

  • Menguruskan penerimaan dan pendaftaran aset MESTECC
  • Menguruskan permohonan pelupusan, menguruskan kehilangan dan hapuskira aset di Jabatan/Agensi atau Bahagian MESTECC
  • Menguruskan pelantikan pegawai aset, ahli lembaga pemeriksa pelupusan, jawatankuasa penyiasat, pegawai pemeriksa aset dan pemverifikasi stok
  • Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JPAAK)
  • Menguruskan laporan-laporan tahunan untuk dikemukakan kepada agensi pusat
  • Mesyuarat Jawatankuasa Ruang Pejabat

LAIN-LAIN

  • Pembersihan ruang pejabat/penyelenggaraan sivil dan landskap
  • Pemantauan dan penyelarasan keselamatan MESTECC

 

Piagam Pelanggan

Penyediaan Minit Mesyuarat

  • Setiap minit mesyuarat yang melibatkan Bahagian pentadbiran sebagai urusetia/Jawatankuasa/sekretariat akan disediakan dan diedar dalam tempoh tiga (3) hari waktu bekerja

Pengurusan Surat-surat Kementerian

  • Surat yang diterima akan di senarai pendek dan diedar pada hari yang sama selepas surat itu diterima melainkan surat yang diterima selepas waktu rehat, akan dihantar pada keesokan harinya
  • Surat yang dihantar secara atas tangan akan diedarkan segera
  • Memastikan surat diasingkan dengan baik dan dimasukkan ke dalam ruang surat penerima

Aduan Kerosakan Alatan Pejabat dan Bangunan

  • Setiap aduan yang diterima akan menerima tindakan segera
  • Kontraktor yang bertanggungjawab akan memeriksa dan menyelenggara kerosakan dalam tempoh 15 minit menerima aduan

Stor

  • Memastikan proses pengagihan alatan pejabat dan alatulis akan dibekalkan dalam tempoh 1 jam permohonan diterima

Tempahan Rasmi Kenderaan Pejabat

  • Setiap permohonan untuk tempahan kenderaan MESTECC akan diproses segera selepas diterima dalam tempoh 24 jam permohonan di terima

Pas keselamatan

  • Pas keselamatan MESTECC akan disegerakan dalam tempoh 5 hari waktu bekerja
Skip to content