Bahagian Dana

Pengenalan

Bahagian ini bertanggungjawab menguruskan dana-dana Penyelidikan dan Pembangunan yang berkaitan dengan bidang keutamaan yang telah ditetapkan oleh MESTECC.

Visi

Menjadikan Dana Penyelidikan, Pembangunan, Pengkomersialan dan Inovasi (R&D&C&I) MESTECC sebagai skim dana yang terulung.

Misi

Mengurus dana R&D&C&I berteraskan permintaan (demand driven) yang menjurus kepada pengkomersialan hasil R&D&C&I negara dan penyelesaian masalah yang memberi manfaat kepada rakyat.

Objektif

  • Menguruskan dana R&D&C&I secara optimum dengan memberikan penekanan kepada impak terhadap peningkatan sosio-ekonomi dan kesejahteraan rakyat;
  • Menggalakkan aktiviti R&D&C&I berteraskan permintaan (demand driven) yang boleh dikomersialkan; dan
  • Memberi khidmat nasihat dan sokongan bagi menggalakkan aktiviti-aktiviti R&D&C&I untuk kemajuan sosio-ekonomi negara;

Piagam Pelanggan

  • Memproses dan memaklumkan keputusan permohonan dana dalam tempoh 60 hari dari tarikh penerimaan permohonan lengkap;
  • Memuktamadkan dokumen perjanjian dengan penerima dana dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan Surat Setuju Terima oleh Bahagian Dana;
  • Mengeluarkan arahan pembayaran pendahuluan kepada Bahagian Kewangan dalam tempoh 7 hari selepas penerimaan dokumen pembayaran yang lengkap;
  • Mengeluarkan arahan pembayaran kemajuan projek kepada Bahagian Kewangan dalam tempoh 7 hari dari tarikh keputusan Jawatankuasa Pemantauan & Penilaian Dana (JPPD) diperoleh.
Skip to content