Unit Audit Dalam

Pengenalan

Unit Audit Dalam Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) mula beroperasi pada tahun 2004. Penubuhan Unit Audit Dalam adalah selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 9 Tahun 2004. Unit Audit Dalam MESTECC bertanggungjawab menjalankan pengauditan terhadap pengurusan wang awam, sistem ICT, program dan aktiviti yang dilaksanakan di bawah MESTECC dan agensi-agensi di bawahnya.

Unit Audit Dalam MESTECC bertanggungjawab terus kepada Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi. Di bawah penstrukturan semula Kementerian, UAD MESTECC telah menerima waran perjawatan yang baru berkuatkuasa pada 1 Julai 2016. Di bawah perjawatan baru, kakitangan Unit Audit Dalam adalah sebanyak 18 orang yang terdiri daripada seorang Ketua Unit Audit Dalam Gred W54, seorang Timbalan Ketua Audit Dalam Gred W48, 2 jawatan Juruaudit Gred W44, 2 jawatan Juruaudit Gred W41, 2 jawatan Penolong Juruaudit W36, 4 jawatan Penolong Juruaudit Gred W32, 4 jawatan Penolong Juruaudit Gred W29 dan 1 jawatan Setiausaha Pejabat Gred N29 dan 1 jawatan Pembantu Tadbir Perkeranian/Operasi Gred N19.

 

Objektif

Membantu kementerian mencapai matlamatnya melalui pendekatan yang sistematik dan berdisiplin untuk menilai dan menentukan keberkesanan semua proses kawalan dan tadbir urus.

 

Fungsi

  • Mengkaji kebolehpercayaan dan keberkesanan sistem kewangan serta kawalan dalaman organisasi;
  • Mengkaji tahap pematuhan segala dasar, undang-undang, peraturan dan arahan yang berkuat kuasa;
  • Mengkaji aktiviti organisasi diuruskan secara berhemat, cekap dan berkesan;
  • Mengkaji aset dan kepentingan organisasi dilindungi dari segi kehilangan, penipuan dan penyelewengan;
  • Memberi nasihat/pandangan mengenai kawalan dalaman terhadap semua sistem termasuk sistem ICT;
  • Melaporkan kepada Ketua Setiausaha hasil pengauditan dan mengambil tindakan susulan terhadap perkara yang dibangkitkan;
  • Menyediakan Rancangan Tahunan dan Laporan Tahunan Unit Audit Dalam untuk kelulusan Ketua Setiausaha MESTECC;
  • Membentangkan Laporan Audit dalam Mesyuarat Jawatankuasa Audit; dan
  • Mengemukakan ringkasan Laporan Jawatankuasa Audit kepada urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun.

 

Piagam Pelanggan

  • Pengauditan Pengurusan Kewangan dan Program Pengauditan Penarafan Pematuhan Pengurusan Kewangan dilaksanakan dalam tempoh 20 hari;
  • Pengauditan Prestasi dilaksanakan dalam tempoh 60 hari;
  • Penampilan Audit dilaksanakan dalam tempoh 5 hari;
  • Audit Susulan dilaksanakan dalam tempoh 15 hari;
  • Maklumbalas pengauditan diterima dalam tempoh 14 hari; dan
  • Laporan Audit dibentangkan semasa mesyuarat Jawatankuasa Audit dan ringkasan laporan dikemukakan kepada Jawatankuasa Kewangan Dan Akaun MESTECC setiap 3 bulan
Skip to content