MESTECC
  • ms
  • en
ME2020Dubai

Unit Komunikasi Korporat (UKK)


Pengenalan

Peranan utama Unit Komunikasi Korporat adalah sebagai focus point Kementerian dalam penyampaian dan penyaluran maklumat, peningkatan imej korporat Kementerian, perhubungan awam, media, pengurusan aduan dan khidmat pelanggan.

 

Objektif

  • Menyediakan perkhidmatan perhubungan awam yang efektif dan efisyen;
  • Memastikan imej Kementerian diperkukuhkan melalui sistem penyampaian perhubungan awam yang efektif dan efisyen; dan
  • Memperluaskan skop kerja dan peranan perhubungan awam bagi memenuhi keperluan pelanggan.

 

Fungsi

  • Membentuk dan mengekalkan imej positif Kementerian;
  • Memantau dan menyelaras isi kandungan Portal Kementerian agar sentiasa kemaskini;
  • Mengurus liputan dan sidang akhbar untuk Kementerian;
  • Mempromosikan program dan aktiviti Kementerian ke arah pembentukan imej yang positif melalui promosi dan publisiti yang strategik dan berkesan;
  • Menguruskan perhubungan awam dengan media dan merancang strategi media dalam penyebaran maklumat secara berkesan dan bagi memenuhi ketetapan masa dan objektif Kementerian secara keseluruhan;
  • Menyampaikan maklumat berhubung dengan fakta dan situasi yang ada kaitan dengan Kementerian;
  • Mengurus maklum balas berhubung isu-isu yang melibatkan imej Kementerian dan perhubungan baik dengan pihak media dalam membetulkan salah liputan dan tanggapan;
  • Bertindak sebagai pegawai penyelaras media dan menjadi sebahagian daripada pihak pengurusan di Kementerian;
  • Bertindak sebagai penyelaras Aduan Awam/Pelanggan; dan
  • Bertanggungjawab terhadap protokol dalam Pengurusan Acara dan Pengurusan Lawatan bagi Kementerian yang diwakili

 

Piagam Pelanggan

Kami berjanji dan komited untuk menyediakan perkhidmatan yang cekap, profesional, beretika dan mesra kepada pelanggan kami seperti berikut:

  • Memantau isu-isu/ maklumbalas mengenai Kementerian melalui akhbar-akhbar serta internet dan membuat keratan akhbar kepada isu-isu, merekod dan mengedarkan untuk makluman pihak pengurusan setiap hari;
  • Mengambil tindakan awal ke atas aduan/ maklumbalas yang diterima dalam tempoh tidak melebihi tiga hari bekerja;
  • Memantau isu kandungan maklumat di ruangan highlights Portal Kementerian sentiasa dikemaskini seminggu sekali;
  • Menyelaraskan kompilasi senarai aktiviti tahunan Kementerian setiap awal tahun (bulan Januari);dan
    Memastikan plan promosi / publisti Kementerian dipatuhi dan dilaksanakan mengikut masa yang ditetapkan
Skip to content