MESTECC
  • ms
  • en
ME2020Dubai

Unit Perundangan

Pengenalan

Unit Perundangan bertanggungjawab dalam memberikan perkhidmatan perundangan kepada Kementerian dan jabatan di bawahnya. Perkhidmatan perundangan meliputi nasihat perundangan, penggubalan undang-undang, mengendalikan kes-kes pendakwaan serta mewakili Kementerian dan jabatan di bawahnya dalam apa-apa tindakan guaman di mahkamah.

 

Objektif

Memberi perkhidmatan perundangan yang berkualiti dan professional selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang Malaysia kepada Kementerian dan jabatan di bawahnya

Fungsi

a) Penasihat

  • Memberi nasihat dan pandangan undang-undang berkenaan isu undang-undang yang dirujuk oleh Kementerian dan jabatan di bawahnya
  • Menyedia dan menyemak apa-apa dokumen perundangan seperti perjanjian, kontrak, memorandum persefahaman dan lain-lain
  • Bertanggungjawab kepada Bahagian Penasihat, Jabatan Peguam Negara bagi perkara dan isu-isu domestik
  • Bertanggungjawab kepada Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa, Jabatan Peguam Negara bagi perkara-perkara melibatkan hal antarabangsa

b) Gubalan

  • Menggubal apa-apa perundangan (baru / pindaan) sama ada dalam bentuk perundangan utama atau perundangan subsidiari
  • Menggubal instrumen-instrumen perundangan lain seperti warta pelantikan, pemberian kuasa oleh Y.B Menteri dan sebagainya
  • Bertanggungjawab kepada Bahagian Gubalan, Jabatan Peguam Negara

 

c) Pendakwaan

  • Mengendali atau membantu mengendalikan pendakwaan kes-kes tertentu di bawah bidang kuasa Kementerian umumnya dan jabatan penguatkuasaan khususnya, seperti Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA)
  • Memantau pengendalian mana-mana kes pendakwaan oleh pegawai-pegawai pendakwa di jabatan penguatkuasaan di bawah Kementerian
  • Memberi kuasa kepada pegawai pendakwa bagi menjalankan pendakwaan kes-kes
    Bertanggungjawab kepada Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara

 

d) Guaman

  • Mewakili Kerajaan Malaysia dalam kes-kes guaman sivil yang melibatkan Kementerian dan jabatan di bawahnya
  • Menyediakan pliding yang perlu dalam kes-kes guaman
  • Bertanggungjawab kepada Bahagian Guaman, Jabatan Peguam Negara

 

Piagam Pelanggan

Kami adalah komited untuk memberi perkhidmatan perundangan kepada pelanggan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang Malaysia dengan mengambil kira dasar-dasar Kerajaan dan kepentingan awam secara telus dan bijaksana

 

Hubungi Kami

Level 5, Block C5
Tel: 03-8885 8080

Skip to content