Mengenai Kami

Latar Belakang

  • 1973 – Kementerian Teknologi, Penyelidikan dan Kerajaan Tempatan
  • 1976 – Selaras dengan fungsi dan tanggungjawab baru yang berkaitan dengan isu-isu alam sekitar, nama Kementerian telah ditukar kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (MOSTE)
  • 2004 – Jemaah Menteri pada 27 Mac 2004 telah bersetuju dengan penstrukturan semula MOSTE dan nama Kementerian ditukar kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi menerajui fungsi pembangunan ICT Negara, Multimedia dan Inovasi
  • 2007 – Fungsi sains dan teknologi dipecahkan mengikut cluster Bioteknologi, ICT, Industri, Angkasa, Laut dan Atmosfera dan Teras Sains dan Teknologi
  • 2016 – Pada 3 Oktober 2016, MOSTI distrukturkan semula dengan fokus untuk merancakkan program pengkomersialan hasil R&D dan inovasi negara
  • 2018 – Selepas Pilihanraya Umum ke 14 (PRU-14), keseluruhan komponen Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), komponen tenaga dan teknologi hijau daripada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dan komponen berkaitan perubahan iklim dan alam sekitar daripada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) telah disusun semula dan membentuk Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC).

Visi

Kemampanan tenaga, penciptaan kekayaan melalui sains dan teknologi dan kelestarian alam sekitar


Misi

  • Menjadikan MESTECC sebagai tempat bekerja yang terunggul serta penerapan nilai-nilai Kecemerlangan, Integriti dan Fokus Hadapan
  • Mengurus sumber tenaga secara strategik dengan mengoptimumkan tenaga boleh baharu dan kecekapan tenaga bagi menjamin perkhidmatan bekalan elektrik yang berterusan, mampu bayar dan lestari
  • Meneroka, membangun dan memanfaatkan sains dan teknologi berasaskan kepentingan ekonomi negara melalui kolaborasi strategic R&D&I dengan industri bagi meningkatkan pengkomersialan teknologi dan produktiviti pekerja
  • Memulihara alam sekitar menerusi pendidikan, kesedaran dan penguatkuasaan ke arah alam sekitar yang bebas pencemaran serta menerajui tindakan-tindakan adaptasi dan mitigasi perubahan iklim supaya negara berdaya tahan dan mewujudkan peluang pertumbuhan baharu

Fokus Utama MESTECC

  1. Sektor Tenaga yang Hijau dan Cekap
    • Meningkatkan peratusan tenaga-boleh-diperbaharui dalam penjanaan elektrik dari 2% hingga 20%
    • Meningkatkan kecekapan tenaga negara
    • Meningkatkan kecekapan dan ketelusan pasaran tenaga untuk memastikan tarif terbaik untuk para pengguna tenaga
  2. Alam Sekitar yang Bebas dari Pencemaran dan Berdaya Tahan Terhadap Perubahan Iklim
    • Memimpin negara ke arah masa depan bebas plastik (bukan biodegradable)
    • Kurangkan pencemaran melalui pendidikan dan penguatkuasaan yang lebih baik
    • Menyediakan negara untuk menangani perubahan iklim melalui adaptasi dan mitigasi
  3. Mencipta Kekayaan untuk Rakyat melalui Sains dan Teknologi
    • R&D yang demand-driven melalui kerjasama rapat dengan industri
    • Meningkatkan pengkomersilan teknologi ke pasaran
    • Meningkatkan produktiviti industri melalui aplikasi sains & teknologi

Jenis-Jenis Perkhidmatan Yang Disediakan Oleh MESTECC

  1. Laporan Kaji Cuaca
  2. Pelesenan Bahan Radioaktif
  3. Mengurus dan Menyelaras Dana R,D&C
  4. Ujian DNA
  5. Pendidikan Sains Angkasa
  6. Khidmat Juruperunding Perlindungan Sinaran
  7. Pencerapan maklumat muka bumi
  8. Pendidikan non-formal STI
  9. Perlesenan Elektrik dan Gas
  10. Skim Pemeteran Tenaga Bersih (NEM)
  11. Permohon Tarif Galakan (FiT)
  12. Geran Audit Tenaga Bersyarat untuk Bangunan Komersial
  13. Penilaian Pembangunan Lestari Rendah Karbon Kawalan Pencemaran Air dan Udara
  14. Pengurusan Bahan / Buangan Berbahaya

 

Skip to content