Ketua Setiausaha

DATUK SERI DR. MOHD AZHAR BIN HJ. YAHAYA
Ketua Setiausaha
Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim

Datuk Seri Dr. Mohd Azhar bin Hj. Yahaya memiliki kelulusan B.A. (Kepujian) (Psikologi/Sosiologi) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) (1983), Diploma Pengurusan Awam dari Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) (1985), Master of Arts in Industrial and Organizational Psychology dari University of New Haven Connecticut, Amerika Syarikat (1993) serta Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Psikologi Industri dan Organisasi dari UKM (2004).

Semenjak memulakan kerjaya pada tahun 1983, Datuk Seri Dr. Mohd Azhar bin Hj. Yahaya telah berkhidmat di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Kementerian Kesihatan. Pada tahun 2013, Datuk Seri Dr. Mohd Azhar telah menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan seterusnya dilantik sebagai Ketua Setiausaha MOSTI pada tahun 2016.

Pada 16 Julai 2018, Datuk Seri Dr. Mohd Azhar telah dilantik sebagai Ketua Setiausaha MESTECC iaitu kementerian yang terbentuk hasil gabungan keseluruhan komponen MOSTI, komponen tenaga dan teknologi hijau daripada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dan komponen berkaitan pengurusan alam sekitar dan perubahan iklim daripada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE).

Maklumat Perhubungan:

  • Facebook: aliasdatoazhar.hjyahaya
  • Twitter: aliasdatodrazhar
  • Instagram: aliasazhar_yahaya
  • E-mel: drazharyaliasmestecc.gov.my
  • No. Telefon: 03-8885 8020
  • No. Faks: 03-8888 9000

Setiausaha Pejabat
Cik Siti Tholeha binti Mustapa

  • No. Telefon: 03-8885 8021
  • E-mel: tholehaaliasmestecc.gov.my
Skip to content