Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim

YBM

YB YEO BEE YIN
Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim

YB Yeo Bee Yin dilahirkan pada 26 Mei 1983 dan dibesarkan di Ladang Gomali dan Batu Anam di bahagian utara Johor (Daerah Segamat). Beliau mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia dengan Kepujian Kelas Pertama dari Universiti Teknologi Petronas. Beliau kemudiannya bekerja sebagai Jurutera Antarabangsa di Schlumberger, syarikat minyak dan gas, Amerika Syarikat. Selepas dua (2) tahun bekerja, YB Yeo menyambung pelajarannya ke peringkat sarjana dalam MPhil (Masters in Philosophy) in Advanced Chemical Engineering dari Universiti Cambridge. Beliau juga adalah penerima Biasiswa Cambridge Gates untuk kajian pasca siswazahnya.

YB Yeo merupakan Ahli Parlimen Bakri, Johor selepas memenangi kerusi tersebut dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei 2018. Beliau juga merupakan Timbalan Setiausaha Publisiti Kebangsaan, Jawatankuasa Tertinggi Pusat, Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Naib Ketua Pemuda Pakatan Harapan. Pada umur 29 tahun, beliau telah bertanding buat kali pertama dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dan dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Damansara Utama pada 5 Mei 2013, yang mana beliau menjadi anggota paling muda di Dewan Undangan Negeri Selangor.

YB Yeo telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim pada 2 Julai 2018.

Maklumat Perhubungan:

Skip to content