Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim

YBTM

YB ISNARAISSAH MUNIRAH MAJILIS
Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim

YB Isnaraissah Munirah Majilis dilahirkan pada 11 Januari 1982 di Kota Belud, Sabah. Beliau mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian)  Elektrik dan Elektronik dari Universiti Malaysia Sabah dan Diploma Kejuruteraan Elektrik (Instrumen) dari Universiti Teknologi MARA. YB Isnaraissah mempunyai pengalaman kerja sebagai Penolong Jurutera dan Jurutera (Elektrik) di Teknis Konsult.

YB Isnaraissah merupakan Ahli Parlimen Kota Belud , Sabah selepas memenangi kerusi tersebut dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei 2018. Beliau juga merupakan Ketua Wirawati Negeri dan sebelum itu pernah dilantik sebagai Ketua Srikandi Keadilan Sabah (2012-2016).

YB Isnaraissah telah mengangkat sumpah sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim pada 2 Julai 2018.

Maklumat Perhubungan:

Skip to content