Piagam Pelanggan

Menguruskan dan Mengagihkan Dana R&D&C

  1. Memproses dan memaklumkan keputusan permohonan dana dalam tempoh 60 hari dari tarikh penerimaan permohonan lengkap;
  2. Memuktamadkan dokumen perjanjian dengan penerima dana dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan surat setuju terima oleh Bahagian Dana;
  3. Arahan pembayaran pendahuluan kepada Bahagian Kewangan dalam tempoh 7 hari selepas penerimaan dokumen pembayaran yang lengkap;
  4. Arahan pembayaran kemajuan projek kepada Bahagian Kewangan dalam tempoh 7 hari dari tarikh keputusan Jawatankuasa Pemantauan & Penilaian Dana (JPPD) diperoleh.

 

Meningkatkan Bilangan dan Kualiti Modal Insan STI

  1. Memproses dan membuat keputusan ke atas Permohonan dana Pembangunan Modal Insan (HCD) dalam tempoh 45 hari dari tarikh penerimaan dan permohonan lengkap.
  2. Memaklumkan keputusan dana HCD dalam tempoh 7 hari dari tarikh keputusan diperolehi.

 

Menyebarluaskan Data dan Maklumat Mengenai Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) Negara

  1. Memastikan data dan maklumat STI atas talian sentiasa terkini.
  2. Memberi maklum balas ke atas permohonan mendapatkan data dan perkhidmatan STI dalam tempoh tiga hari bekerja.

 

Meningkatkan Penyampaian Khidmat Pelanggan

  1. Memberi maklumbalas awal kepada aduan dalam tempoh 3 hari bekerja aduan diterima.
  2. Memproses dan membayar bil dan invois dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap.
  3. Memastikan ketersediaan capaian Portal Rasmi sentiasa tidak kurang dari 99.9%.
  4. Memberi maklum balas terhadap aduan ketidakcapaian Portal Rasmi dalam masa 1 jam selepas penerimaan aduan.
Skip to content